Friday, July 10, 2015
Tak Pernah
lirik lagu die meaningful ;)
first bab yg perempuan nyanyi ak ckp kt die lirik ni cmni
"ku tak terfikir ku kan memiliki cintamu, ku tak pernah terfikir kau juga kan mencintai diriku"
sebab mmg da lame suke kt die hehe and mase da nk give up suke kt die (sbb tau die xsuke aku), die boleh approch jadi girl die ;) so tak sangka kan kau bole cinta kan aku hehe *malu
sweet kann~
second bab yg lelaki nyanyi tu die ckp,
"ku tak pernah terfikir jatuh cinta pada dirimu, ku tak pernah terfikir kau kan jadi yang terindah"
sebab masa tu masa memula die approch tu die just nk bg ak peluang sbb die tau ak suke die, bg die pulak masa tu die xdela suke sgt kt ak..hehe kan syg? then now die ckp die xterfikir ak jadi yg terindah utk die... ;)
terima kasih syg lebbiuuu
#almost 3 years we had been together, now you r my mr fiancee and we r planning on getting married soon ^_^
Wednesday, January 11, 2012
Jangan Izinkan Aku Jatuh Cinta Andai Masanya Belum Tiba
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri.
Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.
Ya Allah,Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga
Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.
Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.
Ameen..
Saturday, September 24, 2011
wahai adam ~
Adam.....
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu.
Wahai Adam....
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mau terpesong dari landasan, kerana aku buruan syaitan.
Adam...
Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu di akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya. Jika bilangan kaummu mengatasai kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau-bilaulah suasana, Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa. Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya. Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.
Adam...
Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku. Tapi...aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu. Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu. Namun... Terasa berat pula untukku meyatakan isi perkara.
Adam...
Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk mendidik aku, kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa didalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.
Tapi Adam,
Adam...
Mengapa kau biarkan aku begini? Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu katamu. Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. Tapi sekarang diwaktu yang sama, aku ke muka menguruskan hal negara, aku ke hutan memikul senjata. Padahal, kau duduk saja. Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja. Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba, kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara. Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu? Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?
Adam...
Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong, maka Adam yang patut tanggung! Kenapa? Mengapa begitu ADAM? Ya! Ramai orang berkata jika anak jahat emak-bapak tak pandai didik, jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar! Adam kau selalu berkata, Hawa memang degil, tak mahu dengar kata, tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang dhaif ini
Adam...
Seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya? Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka? Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?
Tuesday, May 3, 2011
cinta untuk kamu yang single
Kepada yg masih SINGLE...
Cinta ibarat kupu2. Makin kau kejar, makin ia menghindar. Tp, bila kau biarkan ia terbang, ia akan menghampirimu di saat kau tak menduga. Cinta mampu membahagiakanmu tapi sering pula ia menyakiti, tp cinta itu hanya istimewa apabila kau berikan pd seseorang yg layak menerima.
Kepada yg masih bertahan MENCINTAI SESEORANG YG TLH PERGI...
Hal menyedihkan dlm hidup ialah bila kau bertemu seseorang lalu jatuh cinta. Kemudian akhirnya menyedari bahawa dia bukanlah jodohmu dan kau tlh mensia-siakan masa bertahun-tahun utk seseorang yg tdk layak. Kalau sekarang dia sudah tdk layak, 10 thn dr sekarang pun dia tetap tak akan layak. Biarkan dia pergi dan lupakan.
Cinta memang indah tp byk ranjau onak berduri didlmnye.....
Saturday, April 23, 2011
kenapa ye kita ditemukan dengan orang yang salah?
* memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah supaya apabilakita bertemu jodoh yg sebenar, masih adarasa syukur kita pada ketentuanNYA.
* memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah supaya kita dapatmenjadi penilai yg baik.
* memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah supaya kita sedarbahawa kita hanyalah makhluk ygsentiasa mengharapkan pertolonganALLAH.
* memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah supaya kita dapatKASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUKDIRI KITA.
* memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah supaya kita sedarbahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANGkerana mengingatkan kita bahawa diabukanlah pilihan yg hebat untuk kitadan kehidupan kita pada masa depan...
* memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah supaya kita dapatmengutip pengalaman yg tak semua orangberpeluang untuk mengalaminya.
* memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah supaya kita jadiMANUSIA YG HEBAT JIWANYA.
* memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah supaya kita lebihfaham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADABERSAMA ALLAH.
* memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah supaya kita LEBIHMENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYAKEKAL.
Friday, April 15, 2011
bunga cinta :)
Satu tangkai bunga mawar merah = Cinta pada pandangan pertama atau masih mencintaimu.
Tiga tangkai bunga mawar = Aku mencintai mu
Sembilan tangkai bunga mawar = Kita akan bersama selamanya