Saturday, April 23, 2011

kenapa ye kita ditemukan dengan orang yang salah?


Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih, apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi, itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.



* memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah supaya apabila
kita bertemu jodoh yg sebenar, masih ada
rasa syukur kita pada ketentuanNYA.


* memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah supaya kita dapat
menjadi penilai yg baik.


* memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah supaya kita sedar
bahawa kita hanyalah makhluk yg
sentiasa mengharapkan pertolongan
ALLAH.


* memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah supaya kita dapat
KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK
DIRI KITA.


* memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah supaya kita sedar
bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG
kerana mengingatkan kita bahawa dia
bukanlah pilihan yg hebat untuk kita
dan kehidupan kita pada masa depan...


* memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah supaya kita dapat
mengutip pengalaman yg tak semua orang
berpeluang untuk mengalaminya.


* memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah supaya kita jadi
MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.


* memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah supaya kita lebih
faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA
BERSAMA ALLAH.


* memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah supaya kita LEBIH
MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA
KEKAL.
Allah SWT tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah, bersuka-ria tanpa kesedihan, Panas tanpa hujan tetapi ia memberi kita kekuatan, menenangkan kita semasa kesedihan dan menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya. Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang sementara.
WALLAHU A'LAM...


Friday, April 15, 2011

bunga cinta :)

selalunya org ceter yang bila kita bg mawar is d way how we said love to dats person . really ?

Satu tangkai bunga mawar merah = Cinta pada pandangan pertama atau masih mencintaimu.

Tiga tangkai bunga mawar = Aku mencintai mu

Sembilan tangkai bunga mawar = Kita akan bersama selamanya


sweet kann bile warna bunga tu tersiratnya kata2 yang nak disampaikann ~
macam :


"saya sayang awak"

"keikhlasan dan ketulusan hati"

"saya mengambil berat tentang awak"
biasanya hadiah kepada kawan baik

"saya senang dan bahagia dengan awak"

"setia"

wink2 :)

Wednesday, April 13, 2011

Waktu sebelum tidur tu boleh amalkan

amik wudhu' -memakai pakaian yang bersih -Baca surah al-mulk ayat 14 (7x) dan niatkan supaya ditunjukkan perkara penting semasa exam tips nk mudah hafal -baca surah al-anbiya' ayat 79 ( baca sahaja x kira lah berapa kali ulang pon) -lepas baca al-quran tu bolelah baca Al-fatihah (7x), Ya Qawi - Maha Kuat (41x), Ya Matin - Maha sempurna kuat (41x)

Thursday, April 7, 2011

hinanya air tangan muslim yang tidak solat

Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar dan malahan lebih hina daripada khinzir.

Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa as.

Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), "kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam."

Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak.

Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah.

Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.

Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad.

Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah.

Tapi kalau zaman Nabi Musa, barangsiapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu.


Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya.

Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam.


Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.

Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam.

Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.


Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu@ isteri kita.

Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah

solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dsb.

Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak.

Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak tergamak kan ?

Tapi lain pula halnya dengan kita ni..

Pagi petang, mamak! Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik.

Beware apa yang kita makan.

Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra ' Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril as.

Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam),

"As-solah as Solah wa amalakat aimanukum".

Maknanya,

"Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu"

Jadi,

sama-samalah kita pelihara solat dari segi zahir & batinnya kerana amalan solatlah amalan yang mula-mula akan ditimbang di neraca Mizan kelak.

*peringatan utk diri sendiri jugakk. same-same kite muhasabah!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...